Tuesday, August 18, 2009

MAJLIS PERJUMPAAN MESRA PENGAKAP KELANA NEGERI PULAU PINANG

Kepada Ketua-Ketua Krew,

Merujuk kepada perkara diatas, saya dengan segala hormat dan sukacita ingin memaklumkan kepada Tuan/ Puan bahawa satu Perjumpaan Mesra Pengakap Kelana akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 23hb. Ogos 2009 (Hari Ahad)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Wisma Pengakap Negeri Pulau Pinang
Pakaian : Pakaian Seragam Pengakap


Tujuan utama perjumpaan adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada krew Pengakap Kelana masing-masing dan menyampaikan maklumat penting kepada Pengakap Kelana dalam Negeri Pulau Pinang.